" Sesungguhnya mengikhlasan HATI adalah perkara yang SUSAH,tetapi.....ALLAH sentiasa memberi HIDAYAH-NYA,CARIlah Nur Cahaya Ilahi"

Wednesday, December 22, 2010

Misi Al-Azhar ; Diantara Dulu,Kini & Hari Esok - Dr Yusuf Al-Qaradhowi


Misi Al-Azhar;Dulu,Kini & Hari Esok

1.      Dunia hari ini berkehendak kepada penyelamat.
2.      Keperluan manusia kepada umat  bermisi.
o   Umat Yahudi tidak berkelayakan dalam misi penyelamat.
o   Umat Nasrani tidak berkaliber dalam misi penyelamat.
o   Umat Islam satu pengharapan dalam misi penyelamat.
3.      Misi  Dunia Arab dan peranannya kepada Umat Islam.
4.      Peranan Mesir dalam misi penyelamat.
5.      Misi Al-Azhar dalam menyelamatkan manusia.
o   Al-Azhar & Sejarah; Penentang Penjajah,Diktator & Tempoh Kemunduran.
o   Misi Al-Azhar Hari Ini


                                        Misi Al-Azhar Hari Ini

1.      Al-Azhar & Perindustrian Daie

Apa yang menarik perhatian, sesungguhnya Al-Azhar tidaklah selebih dari sekadar institusi ilmu agama, bahkan peranannya adalah untuk mengeluarkan perkumpulan pakar dari ilmu agama, bahasa Arab, fakulti Kemanusiaan, Kemasyarakatan, dan saintis yang memiliki pengetahuan agama.
Ribuan keluaran Al-Azhar keluar dengan memegang sijil akademik akan tetapi mereka tidak sedar hakikat misi yang dibawanya dan visi yang dipegang oleh mereka. Walaupun akal mereka sedar tetapi hati mereka tidak merasainya, walaupun perasaan  mereka sudah merasainya tetapi mereka tidak menuju untuk mencapai kehendaknya kerana mereka hidup bersama Azhar namun mereka tidak hidup di dalam Azhar dan tidak hidup untuk Azhar !.
Sesungguhnya ulama Al-Azhar merupakan warisan kenabian, pemegang panji-panji risalah, yang mana kerjaya dan pekerjaan mereka adalah semulia-mulia kerjaya yang ada kerana kerjaya mereka merupakan kerjaya para Nabi dan Rasul. ( Surah Fussilat : 33 )
Al-Azhar membawa misi yang besar iaitu untuk membentuk para pendakwah menyeru kepada Allah dan mengeluarkan produk mujahid Islam yang faham Al-Quran & Sunnah, yang kenal riwayat hidup dan sejarah umat, yang bicara dan penanya berperanan di seantero dunia.

2.      Al-Azhar Pendokong Visi Pembaharuan dan Halatuju Masyarakat

Al-Azhar bukanlah sekadar institusi ilmu yang mengeluarkan para ulama dan pendakwah kemudian peranannya terhenti disitu sahaja…Sesungguhnya Al-Azhar merupakan Jamiah,Jamie` & Jam`iyah ( Universiti,Masjid & Kesatuan ). Universiti untuk ilmu dan pengetahuan, masjid untuk ibadah dan pendidikan dan kesatuan untuk dakwah dan pembaharuan.


Ya! Sudah tentu! Bagi Al-Azhar –yang mendokong tanggungjawab agama,sejarah,masyarakat-untuk menunaikan hak Allah dengan menyampaikan dakwah, mendirikan hujah, menyebarkan agama dan pendidikan hukum-hakam, sebagai penjaga yang sentantiasa berjaga, memelihara iman di hati, ibadat di masjid, ikutan yang baik bagi masyarakat, pensyariatan yang adil dalam kehakiman dan menjadi penasihat kepada Allah, RasulNya, kitabNya untuk umat Islam dan seluruhnya. Apabila melihat kebaikan semakin meyempit, dia menyeru kebaikan dan beramal dengannya dan ketika melihat kemungkaran dan kefasikan bertebaran, dia berusaha mengubahnya dengan nasihat yang berkesan.

6.      Tanggungjawab & Peranan Al-Azhari.
o   Kewajipan berdakwah & Bimbingan
o   Kewajipan Penerangan dengan ilmu dan rohani.
o   Kewajipan memberikan Halatuju yang khusus.
o   Kewajipan menyediakan panduan As-Sohwah ( Kebangkitan )
7.      Al-Azhar & Dunia Islam.
8.      Al-Azhar & Pembimbing Dunia.

Faktor Kejayaan & Komponen dalam Misi Al-Azhar

1.                                           Faktor Kejayaan dalam Misi Al-Azhar

o   Penyediaan Masyarakat ke arah agama dan penerimaan pemikiran Islam.
Contohnya masyarakat Mesir sendiri. Kita mendapati mereka merupakan masyarakat mukmin yang beragama dengan fitrah dan sejarahnya. Sewaktu pembinaan pyramid di zaman firaun, mereka membina atas nama agama. Kemenangan mengalahkan tentera Salib Eropah di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi adalah di atas panji-panji Islam. Kemenangan mengalahkan tentera Tartar jelas diceritakan dalam novel karangan Ali Ahmad Baksir bertajuk “Wa Islama Hu”. Kebangkitan tentera Perancis pada tahun 1919 yang menghujum para ulama mencetuskan gelombang revolusi daripada Al-Azhar  yang membawa ruh Ad-Din. Tiada yang tega mempetahankan negara Palestin melainkan dari ahli Ad-Din.
Seorang sejarawan Kuno Yunani ‘Herodus’ mengatakan : “Bangsa Mesir merupakan satu kaum yang beragama”.
Justeru apabila dibicarakan kekuatan iman masyarakat Mesir dan kesucian fitrahnya, semuanya berkait rapat dengan kewujudan Al-Azhar disitu. Mereka lahir dan hidup dibawah tarbiah Al-Azhar.
Sesungguhnya bangsa Arab lain selain Mesir juga tiada bezanya dengan Mesir seperti masyarakat Turki, Algeria dan selainnya yang dahulunya pernah dikucar-kacirkan oleh tangan-tangan kezaliman.
Oleh itu, andai ingin melahirkan kembali umat yang ajaib ini, melahirkan semula Khalid&Salahuddin Al-Ayyubi maka berbicaralah atas kalimah Allah, memimpin dengan teraju Iman, bersatu di bawah panji-panji al-Quran & kalimah tauhid, meneladani guru pertama iaitu Muhammad s.a.w , mengikatnya dengan Islam, warisan Islam dan beriman dengan Islam.

o   Keunggulan Misi yang diseru oleh Al-Azhar ; Misi Islam
Tiada akal yang akan menafikan dan tiada halangan yang akan membatasi pembangunan dan pemodenan  kerana sesungguhnya Risalah Islam datang memerangi paganisme(penyembahan patung) dengan tauhid, liberalism dengan keunggulan dan kemuliaan, kejahilan dengan ilmu, kejumudan dengan keterbukaan, kemunduran dengan kemajuan, kezaliman dengan keadilan, kekacauan dengan sistematik, ta`sub dengan tolak-ansur, dictator/autocrat dengan syura,  hireraki dengan persaudaraan dan persamaan, perkauman dengan seruan seluruh alam, kerakusan  dengan ransangan dan semangat pada jiwa.
Matlamat ini dibantu dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Islam tidak datang untuk menentang atau mengubah bahkan ia hadir untuk melurus dan meninggikan manusia itu sendiri. Surah Ar-Rum : 3

o   Keperluan Zaman Kini
Dikatakan oleh Henry Brangyah dalam majalah siri ke 24 dari majalah Perancis : “Sesungguhnya masalah agama merupakan isu paling utama yang dibisingkan oleh dunia agamawan hari ini kerana tamadun generasi akan datang akan terhenti dengan hilangnya agama.”
Ini jelas bahawa Islam kini berada di paras kesedaran, umat Islam lahir semula, pemuda Islam dalam kebangkitan merentasi dari benua ke benua, mereka dan kita bakal memenuhi harapan bahkan dengan sepenuh yakinnya mengatakan : Islam tidak dapat tidak bakal mengetuai dunia, dan kerajaan Islam bakal kembali. Justeru itu kita memerlukan gelombang pendakwah, fuqahak yang berlandaskan Islam, maka siapa lagi yang mampu membentangkan mereka melainkan Al-Azhar? 

2.      Komponen Kejayaan Al-Azhar
o   Institusi Kesedaran kepada Islam & Zaman.
o   Teladan yang Baik
o   Akhlak Ulama : Keberanian, Zuhud, Ikhlas, Kekuatan
o   Dakwah & Gerakan dalam masyarakat
3.      Andai Hilangnya Al-Azhar….
o   Wujud pemikiran Materialistik
o   Pemikiran Khurafat
o   Wujud Pelampau Agama

Al-Azhar…Kritikan Peribadi
1.      Pemilihan  Pelajar
2.      Pemilihan Tenaga pengajar
3.      Kepentingan Universiti
4.      Manhaj Rujukan
o   Ilmu Tauhid
o   Ilmu Fiqh
o   Isu Lama & Baru
5.      Majmak Buhus Islamiyyah ( Akademik Penyelidikan Islam )
6.      Tuntutan kepada Al-Azhar dan Tuntutan Al-Azhar

SSalam Comey : )

Wednesday, December 8, 2010

Warkah Teman Tersayang "2 u 2"_KAMILA&NUR IZZATI

Assalamualikumwarahmatullahiwabarakatuh.... 
Bismillahirrahmaanirrahim.....


 Penaku menari melakarkan gambar kesayuan masa silam, tinta bersulam biru warna kerinduan, berkaca jernih ingatanku, biarpun dikau telah jauh dari pandanganku, manisnya pertemuan, pahitnya perpisahan, segalanya kini tidak dapat untukku bahasakan... Semua kini kaku,tiada lagi lagu merdu, kini berteman sepi, ini aku sendiri, suka dan duka dalam gelombang kembara panjang.... Jauh melangkah pergi, tak menoleh lagi, kenangan silamku, tinggal tertulis kini dalam sebuah puisi;puisi sebuah pegalaman, gurindam jiwa persahabatan dan air mata, di kamar sepi ini titisan membasahi pipi dan aku tak tahu pada siapakah untukku luahkan rasa ini..... Bawa aku dalam mimpimu dan bila kau tersenyum, ingat aku dalam bahagiamu...Perpisahan ini kan kita lalui, kan kita lewati..simpan aku dalam hatimu, selamanya mungkin besok nanti kita akan bersama lagi, tersekat nafasku, kabur pandangan mataku, amat terseksa jiwa kerana kehilanganmu....Mengapa kau pergi, tinggal aku sendiri, kau tahu ku tak sanggup, ingatlah kau selalu jadi yang terbaik walau kau tak di sisiku lagi.... Siapa sangka kan jadi begini, siapa duga kita kan berpisah, ku tak percaya biarpun kenyataan yang pastinya ku kan kehilanganmu.......KU SAPU AIR MATA TANDA PERPISAHAN!!!
p/s: Billah yakin Kamila n Zati pasti akan rindu gelak tawa n senda gurau Billah....hee3..


Semoga Berjaya...


                                                                                                                         Sahabatmu,
                                                                                                                               snnz
                                                                                        SITI NURNABILLAH BINTI HAJI ZAKARIA
                                                                                                               billah_91@yahoo.com












Monday, November 15, 2010

Kasihan Adikku....( i )



Bersama along comey di hadapan Maqam Imam As-Syafie`
Bersama angahtembam di hadapan Masjid Saidina Hussain
Saat menyambut dia di Terminal 1, terus ku bawa menuju ke Maqam Imam As-Syafie sebagai memenuhi pesanan dan amanat abah tercinta. Sewaktu di dalam perjalanan dia bertanya,
"along, tadi akak tu suruh bayar duit untuk orientasi USD200.Pastu dia pesan suruh pergi program." Aku hanya tersenyum tanpa sebarang komen memandangkan diriku sedikit kelelahan lantaran suhu musim panas Kaherah masih belum menurun.

Pulang sahaja ke rumah.telefon ku pula berbunyi. Panggilan menyuruh adikku hadirkan diri ke program orientasi.Aku hanya mampu memberi jaminan bahawa dia akan pergi ke program kelas intensif sahaja. Apa tidaknya dalam sejarah dunia mahasiswa seluruh dunia mana ada program orientasi sampai SEBULAN! Diri ini yang pernah merasai keperitan berprogram selama sebulan itu, sama sekali tidak akan membenarkan adikku turut membuang waktunya mendengar isu-isu yang kadang-kadang xmasuk dek akal.

Tidak salah berprogram, tapi andai program penerangan Unit Hisbah & Bait Muslim itu dah jadi cerita lain nampaknya. Adik-adik itu baru sahaja hadir dengan semangat untuk belajar yang berkobar-kobar dibawa sepanjang perjalanan dari Malaysia tetapi didedahkan dengan isu yang masih tidak ada kaitan dengan mereka. Kalau nak buat untuk pelajar tahun akhir logikla juga.

Tentatif program yang diberikan pada mulanya aku lihat alhamdulillah 'full' dengan kelas intensif tapi bila adikku pergi kelas xde,kelas tangguh,kelas batal..yang menghairankan program lain xpula ter'takde',ter'tangguh',ter'batal'.Akhirnya dia terus ikut kelas kulyah sahaja. Namun ikut kelas kulyah pun disalahertikan. 


Kadang-kadang aku hairan, bagaimana seorang MAHASISWI AZHAR boleh keluarkan kalam'Alah,kelas bukannya rancak lagi' 'Nama adik-adik bukannya muqayyad lagi'. 'Tak p sehari xrugi apa pun''P kulyah pun bukannya boleh pastikan lulus cemerlang'.Benar tiada salahnya nama adik-adik xmuqayyad lagi,habis yang xrancak tu macamana pula? Sejak aku masuk Azhar rasanya xpernah masuk kulyah dalam keadaan xrancak.Rancak sejak minggu pertama lagi.


Alangkah baiknya andai mereka benar-benar mengaplikasikan moto KEJORA 2010"Ke Arah Melahirkan Generasi Al-Quran yang Unik" pada adik-adik yang baru sahaja ingin memulakan langkah penuntut ilmu di bumi Kinanah ini. Ingatilah pengorbanan ibu ayah yang berusaha mencarikan kita duit untuk menghantar kita sejauh ini. Bayangkan betapa sedihnya hati mereka andai mereka mengetahui anak2 mereka disini sanggup habiskan duit dengan bayaran mengikut program2 tetapi tidak ke kulyah. Suatu hari kalian juga bakal bergelar ibu bakal bergelar ayah.....


(Sambungan di siri ii)

Saturday, October 30, 2010

Kini Bersama

بسم الله الرحمن الرحيم

Kini kami bersama,

September 2006, jalur perjalanan berpasir ini ku terokai sendiri, dengan gelodak perasaan yang pelbagai. Takut bergaul gentar namun beban amanah ummi abah tersayang dengan segunung harapan langkah ku teruskan.

Pahit kegagalan tahun pertama ku telan sendiri.Hati menjerit untuk pulang bersama keluarga tercinta di pinggir istana itu.

September 2008, adindaku yang kedua menjejaki langkahku walau sedikit berbeza jalur perjalannnya.Aku bergelumang dengan bahasa tetapi dia bermain dengan bahasa+syariah+usuluddin+ekonomi...Jangan menyerah adindaku ya...

September 2010, adindaku yang bongsu kami sambut bersama di terminal 1. Tangisan mengubati kerinduan. Sudah 4 tahun kami terpisah akhirnya bersama.

PASTI. Sek Ren Keb Sri Gunong. Maktab Mahmud Alor Star. Pernah kami lakari sejarah...

Ya Allah kurniakan kami kekuatan untuk mengukir sejarah baru di Universiti Tertua ini...
Amin.

Salam comey : )