" Sesungguhnya mengikhlasan HATI adalah perkara yang SUSAH,tetapi.....ALLAH sentiasa memberi HIDAYAH-NYA,CARIlah Nur Cahaya Ilahi"

Wednesday, December 22, 2010

Misi Al-Azhar ; Diantara Dulu,Kini & Hari Esok - Dr Yusuf Al-Qaradhowi


Misi Al-Azhar;Dulu,Kini & Hari Esok

1.      Dunia hari ini berkehendak kepada penyelamat.
2.      Keperluan manusia kepada umat  bermisi.
o   Umat Yahudi tidak berkelayakan dalam misi penyelamat.
o   Umat Nasrani tidak berkaliber dalam misi penyelamat.
o   Umat Islam satu pengharapan dalam misi penyelamat.
3.      Misi  Dunia Arab dan peranannya kepada Umat Islam.
4.      Peranan Mesir dalam misi penyelamat.
5.      Misi Al-Azhar dalam menyelamatkan manusia.
o   Al-Azhar & Sejarah; Penentang Penjajah,Diktator & Tempoh Kemunduran.
o   Misi Al-Azhar Hari Ini


                                        Misi Al-Azhar Hari Ini

1.      Al-Azhar & Perindustrian Daie

Apa yang menarik perhatian, sesungguhnya Al-Azhar tidaklah selebih dari sekadar institusi ilmu agama, bahkan peranannya adalah untuk mengeluarkan perkumpulan pakar dari ilmu agama, bahasa Arab, fakulti Kemanusiaan, Kemasyarakatan, dan saintis yang memiliki pengetahuan agama.
Ribuan keluaran Al-Azhar keluar dengan memegang sijil akademik akan tetapi mereka tidak sedar hakikat misi yang dibawanya dan visi yang dipegang oleh mereka. Walaupun akal mereka sedar tetapi hati mereka tidak merasainya, walaupun perasaan  mereka sudah merasainya tetapi mereka tidak menuju untuk mencapai kehendaknya kerana mereka hidup bersama Azhar namun mereka tidak hidup di dalam Azhar dan tidak hidup untuk Azhar !.
Sesungguhnya ulama Al-Azhar merupakan warisan kenabian, pemegang panji-panji risalah, yang mana kerjaya dan pekerjaan mereka adalah semulia-mulia kerjaya yang ada kerana kerjaya mereka merupakan kerjaya para Nabi dan Rasul. ( Surah Fussilat : 33 )
Al-Azhar membawa misi yang besar iaitu untuk membentuk para pendakwah menyeru kepada Allah dan mengeluarkan produk mujahid Islam yang faham Al-Quran & Sunnah, yang kenal riwayat hidup dan sejarah umat, yang bicara dan penanya berperanan di seantero dunia.

2.      Al-Azhar Pendokong Visi Pembaharuan dan Halatuju Masyarakat

Al-Azhar bukanlah sekadar institusi ilmu yang mengeluarkan para ulama dan pendakwah kemudian peranannya terhenti disitu sahaja…Sesungguhnya Al-Azhar merupakan Jamiah,Jamie` & Jam`iyah ( Universiti,Masjid & Kesatuan ). Universiti untuk ilmu dan pengetahuan, masjid untuk ibadah dan pendidikan dan kesatuan untuk dakwah dan pembaharuan.


Ya! Sudah tentu! Bagi Al-Azhar –yang mendokong tanggungjawab agama,sejarah,masyarakat-untuk menunaikan hak Allah dengan menyampaikan dakwah, mendirikan hujah, menyebarkan agama dan pendidikan hukum-hakam, sebagai penjaga yang sentantiasa berjaga, memelihara iman di hati, ibadat di masjid, ikutan yang baik bagi masyarakat, pensyariatan yang adil dalam kehakiman dan menjadi penasihat kepada Allah, RasulNya, kitabNya untuk umat Islam dan seluruhnya. Apabila melihat kebaikan semakin meyempit, dia menyeru kebaikan dan beramal dengannya dan ketika melihat kemungkaran dan kefasikan bertebaran, dia berusaha mengubahnya dengan nasihat yang berkesan.

6.      Tanggungjawab & Peranan Al-Azhari.
o   Kewajipan berdakwah & Bimbingan
o   Kewajipan Penerangan dengan ilmu dan rohani.
o   Kewajipan memberikan Halatuju yang khusus.
o   Kewajipan menyediakan panduan As-Sohwah ( Kebangkitan )
7.      Al-Azhar & Dunia Islam.
8.      Al-Azhar & Pembimbing Dunia.

Faktor Kejayaan & Komponen dalam Misi Al-Azhar

1.                                           Faktor Kejayaan dalam Misi Al-Azhar

o   Penyediaan Masyarakat ke arah agama dan penerimaan pemikiran Islam.
Contohnya masyarakat Mesir sendiri. Kita mendapati mereka merupakan masyarakat mukmin yang beragama dengan fitrah dan sejarahnya. Sewaktu pembinaan pyramid di zaman firaun, mereka membina atas nama agama. Kemenangan mengalahkan tentera Salib Eropah di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayyubi adalah di atas panji-panji Islam. Kemenangan mengalahkan tentera Tartar jelas diceritakan dalam novel karangan Ali Ahmad Baksir bertajuk “Wa Islama Hu”. Kebangkitan tentera Perancis pada tahun 1919 yang menghujum para ulama mencetuskan gelombang revolusi daripada Al-Azhar  yang membawa ruh Ad-Din. Tiada yang tega mempetahankan negara Palestin melainkan dari ahli Ad-Din.
Seorang sejarawan Kuno Yunani ‘Herodus’ mengatakan : “Bangsa Mesir merupakan satu kaum yang beragama”.
Justeru apabila dibicarakan kekuatan iman masyarakat Mesir dan kesucian fitrahnya, semuanya berkait rapat dengan kewujudan Al-Azhar disitu. Mereka lahir dan hidup dibawah tarbiah Al-Azhar.
Sesungguhnya bangsa Arab lain selain Mesir juga tiada bezanya dengan Mesir seperti masyarakat Turki, Algeria dan selainnya yang dahulunya pernah dikucar-kacirkan oleh tangan-tangan kezaliman.
Oleh itu, andai ingin melahirkan kembali umat yang ajaib ini, melahirkan semula Khalid&Salahuddin Al-Ayyubi maka berbicaralah atas kalimah Allah, memimpin dengan teraju Iman, bersatu di bawah panji-panji al-Quran & kalimah tauhid, meneladani guru pertama iaitu Muhammad s.a.w , mengikatnya dengan Islam, warisan Islam dan beriman dengan Islam.

o   Keunggulan Misi yang diseru oleh Al-Azhar ; Misi Islam
Tiada akal yang akan menafikan dan tiada halangan yang akan membatasi pembangunan dan pemodenan  kerana sesungguhnya Risalah Islam datang memerangi paganisme(penyembahan patung) dengan tauhid, liberalism dengan keunggulan dan kemuliaan, kejahilan dengan ilmu, kejumudan dengan keterbukaan, kemunduran dengan kemajuan, kezaliman dengan keadilan, kekacauan dengan sistematik, ta`sub dengan tolak-ansur, dictator/autocrat dengan syura,  hireraki dengan persaudaraan dan persamaan, perkauman dengan seruan seluruh alam, kerakusan  dengan ransangan dan semangat pada jiwa.
Matlamat ini dibantu dengan fitrah kemanusiaan itu sendiri. Islam tidak datang untuk menentang atau mengubah bahkan ia hadir untuk melurus dan meninggikan manusia itu sendiri. Surah Ar-Rum : 3

o   Keperluan Zaman Kini
Dikatakan oleh Henry Brangyah dalam majalah siri ke 24 dari majalah Perancis : “Sesungguhnya masalah agama merupakan isu paling utama yang dibisingkan oleh dunia agamawan hari ini kerana tamadun generasi akan datang akan terhenti dengan hilangnya agama.”
Ini jelas bahawa Islam kini berada di paras kesedaran, umat Islam lahir semula, pemuda Islam dalam kebangkitan merentasi dari benua ke benua, mereka dan kita bakal memenuhi harapan bahkan dengan sepenuh yakinnya mengatakan : Islam tidak dapat tidak bakal mengetuai dunia, dan kerajaan Islam bakal kembali. Justeru itu kita memerlukan gelombang pendakwah, fuqahak yang berlandaskan Islam, maka siapa lagi yang mampu membentangkan mereka melainkan Al-Azhar? 

2.      Komponen Kejayaan Al-Azhar
o   Institusi Kesedaran kepada Islam & Zaman.
o   Teladan yang Baik
o   Akhlak Ulama : Keberanian, Zuhud, Ikhlas, Kekuatan
o   Dakwah & Gerakan dalam masyarakat
3.      Andai Hilangnya Al-Azhar….
o   Wujud pemikiran Materialistik
o   Pemikiran Khurafat
o   Wujud Pelampau Agama

Al-Azhar…Kritikan Peribadi
1.      Pemilihan  Pelajar
2.      Pemilihan Tenaga pengajar
3.      Kepentingan Universiti
4.      Manhaj Rujukan
o   Ilmu Tauhid
o   Ilmu Fiqh
o   Isu Lama & Baru
5.      Majmak Buhus Islamiyyah ( Akademik Penyelidikan Islam )
6.      Tuntutan kepada Al-Azhar dan Tuntutan Al-Azhar

SSalam Comey : )

No comments:

Post a Comment